Zon penglihatan anda. Anda tidak nampak kereta merah kecuali anda menoleh ke kanan.
Penyelesaian mudah bagi mengelakkan terlanggar kereta akibat blind spot adalah dengan menoleh kepala. Nak harapkan cermin, kadang kala terlanggar anak sendiri ketika mengundurkan kereta. Penyelesaian terkini ada, guna kamera.
Ketika memilih kereta, ukur badan dengan kereta. Duduk dalam kereta di showroom dan drive test. Jika blind spot terlalu besar akibat badan anda terlalu kecil berbanding badan kereta, cuba pastikan tempat duduk anda lebih tinggi dan dapat melihat 360 darjah dengan mudah.
Saya pernah beli kereta besar. Akibatnya bila masuk parking, tak dapat agak dengan tepat. Bumper depan langgar simen jalan atau bahu jalan. Iyelah, bila kereta besar dan panjang, kemudian badan pun kecil yang nampak cuma pandangan depan.
Bila teringat, kelakar. Sebab dari belakang orang akan fikir macam tiada orang yang memandu. Kerana kepala sendiri tak lepas dari penahan kepala. Tak nampak badan apatah lagi kepala dari belakang. Pengalaman menarik juga pandu kereta besar. Alhamdulillah tak pernah langgar kereta orang lain. Cuma pengalaman buruk hari tu termasuk parit masa memandu jam 2 pagi. Nasib baik masuk parit, sebelah jalan tu gaung.
Berdasarkan gambar di atas, anda hanya nampak apa yang ada di dalam cermin. Apa yang tidak ada di luar cermin anda tidak nampak. Maka hati-hati memandu.
Ala..Dah tahu dah.. Iye ker?
Pollow jangan tak pollow :)