Sunday, March 2, 2014

Bujang Senang Masuk Pantai Western Australia


Seekor bujang senang didapati berenang berhampiran sebuah pantai di Australia. Walaupun rakyat tempatan di Australia sudah biasa dengan buaya sungai, namun kelibat bujang senang sepanjang 23 kaki di laut barat Australia amat mengejutkan pengunjung dan pelancong asing yang sedang mandi manda di sana.

Buaya biasanya masuk ke laut untuk mencari pasangan atau pun kerana perubahan cuaca dan pencemaran sungai. Rencana bagi sesetengah jenis buaya yang keluar ke laut pernah dilaporkan oleh National Geographic.

Buaya jenis sungai ini mempunyai ketahanan terhadap air laut yang masin dan asing berbanding air sungai. Walaupun begitu, buaya ini tidak dapat hidup dan bertelur di air laut yang masin. Menurut sumber, buaya itu berenang mengikut arus laut dan pergi ke sungai berdekatan.

Dah tahu dah.. Iye ker?
Pollow jangan tak pollow :)

No comments:

Post a Comment