Sunday, March 2, 2014

Blind Spot Kereta

 

Zon penglihatan anda. Anda tidak nampak kereta merah kecuali anda menoleh ke kanan.

Penyelesaian mudah bagi mengelakkan terlanggar kereta akibat blind spot adalah dengan menoleh kepala. Nak harapkan cermin, kadang kala terlanggar anak sendiri ketika mengundurkan kereta. Penyelesaian terkini ada, guna kamera.

Ketika memilih kereta, ukur badan dengan kereta. Duduk dalam kereta di showroom dan drive test. Jika blind spot terlalu besar akibat badan anda terlalu kecil berbanding badan kereta, cuba pastikan tempat duduk anda lebih tinggi dan dapat melihat 360 darjah dengan mudah.

Saya pernah beli kereta besar. Akibatnya bila masuk parking, tak dapat agak dengan tepat. Bumper depan langgar simen jalan atau bahu jalan. Iyelah, bila kereta besar dan panjang, kemudian badan pun kecil yang nampak cuma pandangan depan.

Bila teringat, kelakar. Sebab dari belakang orang akan fikir macam tiada orang yang memandu. Kerana kepala sendiri tak lepas dari penahan kepala. Tak nampak badan apatah lagi kepala dari belakang. Pengalaman menarik juga pandu kereta besar. Alhamdulillah tak pernah langgar kereta orang lain. Cuma pengalaman buruk hari tu termasuk parit masa memandu jam 2 pagi. Nasib baik masuk parit, sebelah jalan tu gaung.

Berdasarkan gambar di atas, anda hanya nampak apa yang ada di dalam cermin. Apa yang tidak ada di luar cermin anda tidak nampak. Maka hati-hati memandu.

Ala..Dah tahu dah.. Iye ker?
Pollow jangan tak pollow :)

Bujang Senang Masuk Pantai Western Australia


Seekor bujang senang didapati berenang berhampiran sebuah pantai di Australia. Walaupun rakyat tempatan di Australia sudah biasa dengan buaya sungai, namun kelibat bujang senang sepanjang 23 kaki di laut barat Australia amat mengejutkan pengunjung dan pelancong asing yang sedang mandi manda di sana.

Buaya biasanya masuk ke laut untuk mencari pasangan atau pun kerana perubahan cuaca dan pencemaran sungai. Rencana bagi sesetengah jenis buaya yang keluar ke laut pernah dilaporkan oleh National Geographic.

Buaya jenis sungai ini mempunyai ketahanan terhadap air laut yang masin dan asing berbanding air sungai. Walaupun begitu, buaya ini tidak dapat hidup dan bertelur di air laut yang masin. Menurut sumber, buaya itu berenang mengikut arus laut dan pergi ke sungai berdekatan.

Dah tahu dah.. Iye ker?
Pollow jangan tak pollow :)

Beli Emerald Tiket F1 Dan Jimat RM400

Tempat duduk bernombor tue.. Ini bukan free seat..

Anda boleh membeli tiket F1 secara online di http://www.sepangcircuit.com/staging/Ticketing-@-Buy_Tickets_Online.aspx

Mudah aje. Klik link di atas, kemudian pilih jenis tiket. Kalau saya alang-alang membeli saya beli tiket Emerald. Dengan pakej Maybank Specials, saya dapat jimat lebih RM400 untuk satu tiket. Mungkin saya beli sebanyak lima tiket, dapat jimat sebanyak RM2000. Banyak tu. Boleh ajak kawan-kawan saya yang boring di tempat kerja dan keluarga saya.

Tiket jenis Emerald pada harga biasa adalah RM1,770. Dengan Maybank Specials, saya dapat harga RM1,328.

Untuk memohon Maybank Specials, sila klik link ini untuk mendaftar dan mendapatkan maklumat lanjut. Sila download Adobe Reader sekiranya anda tiada software pdf.

Dah tahu dah? Iyer Ker?
Pollow jangan tak pollow :)

Rugi Beli Samsung S4

 

Rugi, rugi. Mana taknya sekarang dah ada Samsung S5. Siapa beli Samsung S4 sekarang ni dah kira ketinggalan zaman. Gear 2 Samsung S5 tak lagi guna android untuk menjimatkan tenaga bateri. Dah tahu dah.. Iyer ker?

Menurut blog http://www.geeky-gadgets.com, Samsung S5 dah lama berada di pasaran. Mengapa masih lagi beli Samsung S4. Terikut-ikutkan kawan? Dorang dah ketinggalan zaman tu, buat apa ikut dorang. Kalau dah bersaing biarlah lebih dari pesaing. Itu paling minimumlah bila nak bersaing bergaya macam kawan anda tu.

Dikatakan harga Samsung S5 tidak akan lebih dari RM2200 kerana tidak mahu dikatakan lebih mahal dari Samsung Galaxy Tab 3 10.1 LTE. Lebih sikit jer dari harga lama iaitu purata harga dari RM1750-RM1980.
 

Baca lagi di DailyTech.com

Apa beza Samsung S5 anda berbanding Samsung S4 kawan anda tu? Kalau nak tahu, perbezaan ketara adalah dari segi ketahanan bateri. Iye, bateri S5 lebih tahan lebih lama dari S4. Operating System Samsung S5 adalah Android Kit Kat, lebih moden dan lebih maju berbanding OS Samsung S4. Ibarat Windows7 dengan Windows8, sudah tentu Windows8 lebih selamat dan lebih baik.

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang Samsung S5, jom masuk microsite Samsung S5 di S5 Microsite

Dah tahu dah? Iye Ker?
Pollow jangan tak pollow :)

Resepi Mudah Nescafe Ais Tin

Peminat Nescafe Ice: Kisah Benar. Baca Di Link

Assalamualaikum.. Ahlan Wa Sahlan Wamarhaban Bikum.. Hari ini Sufi nak kongsikan resepi membuat Nescafe Ais Tin. Ala takkan korang tak tahu? Air tin nescafe ais yang tin warna biru tu.. Takkan korang tak pernah rasa?

Minuman Nescafe Ais Tin sedap diminum semasa sejuk. Ramai orang sanggup keluarkan wang untuk minum air ini, paling kurang sekali sebulan. Eh iye ker? Kenapa? Sebab rasanya enak dan seakan-akan wujud rasa menthol di anak tekak. Oh macam tu.

Bahan-bahannya ialah:
Susu cair
Gold Nescafe biasa jenis botol coklat
Gula 2 sudu teh

Cara membuatnya:
Tuang air panas ke dalam gelas kira-kira 1/2 gelas. Masukkan satu sudu teh nescafe. Masukkan gula secukup rasa. Masukkan susu cair sehingga kandungan air nescafe + susu mencapai 90% gelas. Kacau hingga rata. Warna air anda hendaklah sama seperti warna air teh tarik susu.

Selamat mencuba.
Eh? Dah tahu dah? Iye ker?
Pollow jangan tak pollow :)